Bangunan Kastam dan Eksais Diraja dibina sekitar tahun 1950-an. Bangunan ini pada asalnya menempatkan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja iaitu salah sebuah jabatan yang di tertua Negara Brunei Darussalam yang bertanggungjawab dalam melaksanakan undang-undang kastam. Bangunan ini mempunyai dua tingkat dan merupakan antara tinggalan seni bina kolonial.
Bangunan ini ditadbir sepenuhnya oleh Jabatan Muzium-Muzium Brunei setelah diwartakan pada tahun 2006 di bawah Akta Barang-Barang Purbakala dan Harta Terpendam 1967, semakan 1984; 1991; 2002. Bangunan ini menempatkan Balai Pameran Galeri Seni dan Pusat Maklumat Pelancongan.
Pada Mei 2021, bangunan ini menjalani transformasi lagi. Ia akan menempatkan dewan pameran interaktif yang akan memaparkan industri minyak dan gas di Brunei.