Bangunan Setiausaha Kerajaan
Overview
Reviews 0

Bangunan Setiausaha Kerajaan slap dibina pada akhir tahun 1953. Bangunan ini berkonsepkan seni bina kolonial dan mempunyai ciri unik jika dilihat dari udara berbentuk huruf "E". Ukiran mural di sekitar atas bahagian bangunan yang menggambarkan cara kehidupan penduduk Negara Brunei Darussalam pada suatu ketika dahutu manakala balkoni dihiasi dengan panji-panji Brunei. Bangunan ini merupakan Pusat Pentadbiran Kerajaan Brunei moden selepas pengisytiharan Perlembagaan Brunei pada tahun 1959.  
 
Bangunan Setiausaha Kerajaan ini diwartakan pada tahun 2006 di bawah Akta Barang-Barang Purbakala dan Harta Terpendam 1967, semakan 1984; 1991; 2002.  

Reviews

0.0

0 comments

Provided by

ebode

ebode

Explore Brunei at your own pace through the voices in the stories.

This story belongs to