Istana Kota Manggalela
Overview
Reviews 0

Istana Kota Manggalela merupakan salah satu kediaman rasmi sementara Sultan Brunei ketika itu, Iaitu Sultan Haji Omar Ali Saifuddien III. Istana ini terletak di Jalan Maulana, Kuala Belait. Bangunan ini telah menjadi tarikan pelancong dan dijadikan tapak bersejarah pada masa ini. Nama istana ini diambil daripada peperangan Padas Damit yang berlaku di sekitar Kubu Manggalela, Beaufort, Sabah diantara pasukan British North Borneo Company (BNBC) dan penduduk Kesultanan Brunei dari Disember 1888 hingga Mei 1889.

Sebelumnya, Istana Kota Manggalela dikenali sebagai Istana Hinggap, di mana perkataan Melayu "Hinggap" bermaksud Istana persinggahan sementara bagi Sultan Haji Omar Ali Saifuddien III. Istana ini dibina sepenuhnya daripada konkrit dan simen. Walaupun Istana ini menjadi satu tarikan sejarah Brunei tetapi ianya tidak dibukakan kepada orang awam dan hanya boleh dilihat daripada tepi jalan.

Reviews

0.0

0 comments

Provided by

ebode

ebode

Explore Brunei at your own pace through the voices in the stories.

This story belongs to