Mahkamah Syariah
Overview
Reviews 0

Mahkamah Syariah ini adalah sebuah institusi kehakiman yang menegakkan keadilan berteraskan hukum syara’. Namun, kawasan ini pernah dijadikan sebagai hospital umum yang dinamakan sebagai Brunei General Hospital. Hospital itu dibuka pada tahun 1951. Pada masa itu, di kawasan seluas 8 ekar ini dibangunkan kompleks banglo. Semasa wabak kolera pada pertengahan tahun 1960-an, bangunan-bangunan itu penuh sesak, dan katil hospital didirikan di koridor dan beranda untuk menampung peningkatan jumlah pesakit. Pada tahun 1970-an, rumah sakit itu mempunyai kapasiti sebanyak 340 buah katil. Hospital ini ditutup pada tahun 1982. 

Reviews

0.0

0 comments

Provided by

ebode

ebode

Explore Brunei at your own pace through the voices in the stories.

This story belongs to