Masjid Sultan Omar 'Ali Saifuddien dan Bahtera Mahligai
Overview
Reviews 0

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Maulana Al-Sultan Haji Omar ‘Ali Saiffuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan Brunei yang ke-28 telah berkenan menyempurnakan perasmian masjid ini pada hari Jumaat, 13 Rabiulawal 1378 Hijrah bersamaan dengan 26 September 1958 Masihi, Masjid ini adalah merupakan Masjid Negara yang pertama yang boleh memuatkan 3,000 jemaah dan juga merupakan masjid tumpuan utama bagi majlis-majlis keugamaan dan majlis pernikahan Diraja.  
 
Di tengah lagun terbina sebuah replika bahtera abad ke-16 bernama Mahligai berukuran 157 kaki panjang dan 31 kaki lebar bersempena ulang tahun sambutan Nuzul Al-Qur'an ke-1400. Bahtera ini pernah digunakan sebagai astaka pertandingan membaca ayat-ayat suci Al-Quran pada penghujung tahun 1960an hingga awal 1970an.  


Masjid ini diwartakan pada tahun 2011 di bawah Akta Barang-Barang Purbakala dan Harta Terpendam 1967, semakan 1984; 1991; 2002.  

Reviews

0.0

0 comments

Provided by

ebode

ebode

Explore Brunei at your own pace through the voices in the stories.

This story belongs to