Puncak Bukit Batu Bujang Pahang
Overview
Reviews 0

Berdiri di atas puncak yang rata dan berbatu di Bukit Batu Bujang Pahang dan melihat landskap semula jadi yang luas sehingga ke kaki langit pasti akan membawa rasa tertanya-tanya. Suatu pemandangan indah yang hijau, coklat dan biru. Dari bawah terlihat sungai memisahkan negara jiran Malaysia yang hanya kelihatan seperti lengan yang terulur dari sudut pandangan ini. Melihat ke arah Teluk Brunei, pulau-pulau kecil kelihatan timbul di atas perairan dan jalan dua laluan panjang Jambatan Sultan Omar ‘Ali Saifuddien memutuskan laut dan langit. 

Bertentangan dengan pemandangan teluk, laluan nipis menghala ke penghujung puncak batu. Dengan ketinggian ini, mungkin akan berasa sedikit berisiko tetapi awda boleh mengambil gambar. Awda dapat melihat betapa tingginya pemandangan awda daripada puncak. Terdapat pendaki yang telah memilih untuk mencapai puncak bukit dengan cara mendaki permukaan batu. Nama dan nota telah diukir ke permukaan batu rata daripada pengunjung puncak. Kami meminta untuk mengelak daripada meninggalkan sebarang tanda yang tidak diingini untuk memastikan tempat ini mesra untuk semua orang. 

Kini, ceritanya seorang pemuda yang bernama Bujang pernah mendaki bukit berbatu ini dan berasa lapar. Dalam usahanya untuk menghilangkan rasa laparnya, dia memetik buah tempatan yang dikenali sebagai buah pengalaban atau alpukat Borneo semasa ia masih belum masak. Apabila dia menggigit buah itu, lidahnya terasa bergetah dan mempunyai rasa yang dikenali sebagai pahang (kalat). Setelah itu, bukit ini diberi nama daripada pengalaman Bujang yang telah memakan buah yang pahang itu di bukit yang berbatu, iaitu Bukit Batu Bujang Pahang. 

Reviews

0.0

0 comments

Provided by

ebode

ebode

Explore Brunei at your own pace through the voices in the stories.

This story belongs to