Sebagai makluman bersama, air sungai kadang-kala deras dan disarankan untuk memantau ahli keluarga serta kawan-kawan yang lain ketika bermain air. Taman ini terletak 15 kilometer dari Pekan Bangar. Kawasan ini sangat berpotensi untuk menjadi tarikan para penggemar alam semulajadi. Terletak berhampiran dengan sungai dan kicauan burung pula sering terdengar berlagu ketika beristirahat di pondok Batang Duri ini.
Kemudahan umum juga tersedia seperti tandas, pondok-pondok untuk berehat, barbeku dan lain lagi. Disarankan untuk membawa kelengkapan sendiri juga jika awda ingin barbeku disini seperti arang, pinggan, sudu dan alat hidangan yang lain. Selalu mengawasi gerak laku anak-anak kecil sewaktu beraktiviti di kawasan ini. Sila hubungi Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat jika berlaku sesuatu yang tidak diinginkan (995).



