Wasai Belandas adalah wasai yang luas. Jambatan kaki telah dibuat untuk keselesaan awda. Yang pertama akan membawa awda ke tempat berehat. Meja dan bangku telah disediakan. Awda akan dapat melihat keseluruhan pandangan wasai dari sini. Jambatan kaki kedua membawa awda ke seberang wasai yang mana terdapat lebih banyak bangku kayu yang terbuat dari batang pokok yang telah dipotong. Di sisi ini, tangga kayu telah diletakkan menuju ke sungai untuk memudahkan masuk dan keluar dari wasai.
Awda dialu-alukan untuk berenang di sini tetapi berhati-hatilah dengan persekitaran awda. Gunakan tali yang disediakan kerana wasai ini cukup dalam.
Wasai Belandas adalah tarikan wasai ketiga yang terdapat dalam trek ini. Tarikan seterusnya adalah tarikan air terakhir yang sering dikaitkan dengan cerita legenda. Laluan ke Telaga Raden Bisa penuh dengan jalan melengkung dan jambatan kaki yang berlubang di atas sungai kecil.